NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lindungi pesakit pendapatan rendah jika caj IJN naik, kata pakar

Institut Jantung Negara (IJN) mencadangan kenaikkan antara 10% ke 40% bayaran dikenakan untuk pesakit yang dirujuk daripada Kementerian Kesihatan.




PETALING JAYA
Pesakit dari golongan berpendapatan rendah dirujuk Kementerian Kesihatan perlu dilindungi daripada beban kewangan sekiranya Institut Jantung Negara (IJN) menaikkan caj perkhidmatan antara 10% hingga 40%, kata seorang ahli akademik.

Pensyarah kanan di sekolah farmasi Universiti Monash Mark Cheong berkata kenaikan caj ini mungkin menyebabkan sebilangan pesakit tidak mampu membayar kos rawatan yang menyelamatkan nyawa dan ada pesakit mungkin memilih untuk menangguhkan atau mengelakkan rawatan yang diperlukan.

Beliau yang juga penyelidik dalam bidang perkhidmatan dan sistem kesihatan berkata pembayaran ‘dari poket sendiri’ yang lebih tinggi tidak sepatutnya menjadi halangan untuk mendapatkan rawatan.

Kebanyakan pesakit tiada pilihan lain selain mendapatkan rawatan di IJN,
 katanya.

Jumlah besar pesakit yang dirujuk ke IJN oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa beberapa perkhidmatan masih belum tersedia atau sukar didapati di hospital kerajaan.

Pada minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Dr Ezani Taib, dilaporkan berkata kos telah meningkat sejak struktur caj perkhidmatan ditetapkan lebih 20 tahun yang lalu.

“Kami masih mengenakan caj kos asal kepada kerajaan.

Jadi kami sedang memohon kenaikan antara 10% hingga 40%, bergantung kepada prosedur – namun caj kami tidak akan mencapai tahap caj hospital swasta,

 katanya seperti dilaporkan oleh akhbar mingguan kewangan The Edge.

Ezani berkata IJN mengenakan caj kurang daripada separuh bagi pembedahan pintasan jantung mudah yang dikenakan oleh hospital swasta iaitu antara RM110,000 hingga RM120,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen, Azrul Khalib, berkata cadangan kenaikan caj IJN sudah lama tertangguh. Bagaimanapun, beliau berkata ia mungkin menyebabkan lebih ramai pesakit berpendapatan rendah yang layak memerlukan subsidi.

Katanya, memandangkan IJN ditubuhkan sebagai sebuah syarikat berhad swasta, ia mesti menjana pendapatan dan menguruskan operasinya tanpa bergantung kepada dana awam.


Sumber | FMT Malaysia 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo