Pempengaruh media sosial, Lim Sian See kecewa apabila kerajaan campuran tidak memansuhkan tol lebuh raya sebagaimana dijanjikan.
Lim, nama popular digunakan Datuk Eric See To berkata, kerajaan bukan sahaja tidak memberikan tol percuma malah melanjutkan konsesi untuk tempoh lebih panjang.
“Selepas hutang kerajaan hampir berganda dan defisit kerajaan naik semula, kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lagi mahu membayar pampasan tahunan.
“Kaedah mereka ialah melanjutkan tempoh konsesi tol sebagai ganti rugi untuk elak bayar pampasan tahunan.
“Akibatnya tempoh konsesi hampir semua lebuhraya tol di Malaysia dilanjutkan biarpun janji mereka adalah untuk hapuskan semua tol,” coretnya di Facebook miliknya hari ini.
Beliau berkongsi laporan sebuah portal Mei tahun lalu yang menunjukkan konsesi lapan syarikat lebuh raya ditambah di antara enam ke 30 tahun.
Konsesi Lebuhraya Sungai Besi dilanjutkan enam tahun dan dijangka tamat pada 2046, Lebuhraya Sprint dilanjutkan tujuh tahun dan dijangka tamat pada 2038.
Lebuhraya Damansara Puchong dilanjutkan lapan tahun lagi manakala Lebuhraya KESAS dilanjutkan 10 tahun lagi. Konsesi mereka dijangka tamat pada 2038.
Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1 pula dilanjutkan 37 tahun lagi dan dijangka berakhir pada 2069.
Lebuhraya PLUS mendapat lanjutan tempoh paling lama iaitu 30 tahun sehingga 2068.
Lim berkata, kesan daripada lanjutan tersebut, generasi akan datang yang perlu menanggung hutang tersebut dengan lanjutan pembayaran tol.
“Mereka [kerajaan] berjaya elak bayar pampasan ketika ini tetapi beban kerajaan sebenarnya dipindahkan kepada cucu-cicit kita pada masa depan.
“Maka janji ‘toll free’ menjadi ‘toll forever’,” katanya yang mendedahkan kenaikan tol hanya berlaku sekali sahaja sewaktu Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment