NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Latian separuh bogel promosi LGBT, orang ramai diminta serah kepada pihak berkuasa bagi siasat

Antara peserta berpakaian tidak senonoh dalam Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di sebuah hotel di Bandar Penawar, Desaru, Kota Tinggi, semalam.


KOTA TINGGI – Pihak berkuasa perlu menyiasat dakwaan persembahan kurang sopan dan mencolok mata dalam program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di sebuah hotel di Bandar Penawar, Desaru di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Fauziah Misri berkata, tindakan tegas perlu diambil kepada pihak yang bertanggungjawab sekiranya bersalah supaya kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

“Telah tular satu program yang disertai pelancong-pelancong dari luar negara yang berpakaian tidak senonoh dan mempromosi LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

“Saya difahamkan acara asal merupakan satu acara larian iaitu Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan The Hash House Harriers.

“Namun daripada gambar-gambar yang tular didapati bahawa peserta-peserta tersebut berpakaian tidak senonoh, ada yang separuh bogel dan mempromosi LGBT.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dan saya harap orang ramai juga perlu yakin dan biarkan pihak berkuasa menyiasat perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berharap pihak hotel perlu lebih berhati-hati dan teliti atas setiap penganjuran program terutama yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Terdahulu tular foto dan video berkenaan yang berdurasi tujuh saat dalam satu Facebook komuniti memaparkan sekumpulan penari wanita membuat persembahan dengan pakaian mencolok mata.

Dalam foto tersebut, turut terdapat peserta yang mengenakan pakaian seperti penyokong LGBT. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo