NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Larangan merokok dan vape di tempat kerja, makan, dobi, pusat hiburan mulai 1 Jan




BANGI, Jumaat –  Mulai 1 Januari depan, bangunan tempat kerja dan premis dobi, tempat makan termasuk kawasan premis kerajaan serta swasta  dan bangunan Parlimen Malaysia digazetkan sebagai kawasan baharu larangan merokok. 

 

Selain itu,  terdapat senarai  28 kawasan lain yang turut disenaraikan dalam tempat larangan merokok berbanding 23 lokasi selepas Akta Kawalan Produk Meroko Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dikuatkuasakan bermula 1 Oktober lalu. 

 

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, penguatkuasaan kawasan baharu yang disenaraikan sebagai tempat larangan merokok dan vape akan dilakukan secara berfasa dan memberi tempoh tiga bulan kepada premis berkenaan sebelum penguatkuasaan dilaksanakan. 

 

Katanya, individu yang didapati bersalah merokok atau vape di kawasan larangan berkenaan akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM5,000. 

 

Selain itu, beliau turut mengisytiharkan bangunan, tempat, kawasan dan kenderaan sebagai tempat larangan merokok. 

 

Jelasnya, kawasan merujuk kepada keseluruhan kawasan premis itu, termasuk mana-mana kawasan di dalam bangunan dan kawasan sekitar bangunan itu yang berada di dalam lingkungan sempadan pagar atau tanah lot premis berkenaan. 

 

Manakala, bangunan pula merujuk kepada mana-mana kawasan di dalam bangunan itu dan termasuk kawasan kaki lima dan di dalam lingkungan jarak tiga meter daripada garisan bangunan itu, dan termasuklah kawasan litupan apa-apa bumbung kekal tambahan yang bersambungan dengan bangunan utama itu.

 

Antara kawasan yang digazetkan menjadi  kawasan larangan merokok dan vape adalah: 

 

1) Pusat hiburan atay teater, kecuali kasino

2) Kawasan hospital atau klinik

3) Lif atau tandas awam 

4) Tempat makan 

5) Kedai berhawa dingin

6) Bangunan dobi 

7) Bangunan hentian pengangkutan awam 

8) Kawasan lapangan terbang kecuali dalam kawasan atau tempat yang dibenarkan merokok

9) Kawasan premis kerajaan 

10) Bangunan Parlimen Malaysia 

11) Mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan sama ada di mana-mana tempat awam atau dalam mana-mana bangunan selain bangunan persendirian atau kediaman 

12) Kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi 

13) Kawasan taman asuhan kanak-kanak 

14) Kaunter perkhidmatan awam

15) Kompleks membeli-belah

16) Kawasan stesen minyak 

17)  Bangunan stadium, pusat kecergasan atau gimnasium

18) Kawasan kompleks sukan 

19) Bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan 

20) Kawasan perpustakaan 

21) Kafe internet

22) Kawasan tempat latihan khidmat negara

23) Bangunan tempat kerja 

24) Kawasan rehat dan rawat kecuali tempat letak kereta awam terbuka

25) Kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka

26) Menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi dalam taman negara atau taman negeri 

27) Di dalam mana-mana bas sekolah 

28)  Di dalam mana-mana kenderaan awam

 

Sumber: Warta Kerajaan Persekutuan 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo