NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Laporan: Lebih 500 kakitangan TikTok Malaysia, Asia Tenggara dihentikan




Ratusan kakitangan TikTok di Malaysia dan beberapa negara di Asia Tenggara akan diberhentikan, lapor The Malaysian Reserve. 

 

Portal itu yang memetik sumber berkata, lebih 500 kakitangan terjejas dengan pengumuman tersebut dan mereka yang mengawal kandungan paling ramai terkesan. 

 

TikTok menggunakan sistem kecerdasan buatan (AI) dibantu tenaga manusia bagi mengawal kandungan yang dimuat naik setiap hari. 

 

Portal berita, Bloomberg pada Jun lalu melaporkan, Bytedance yang merupakan syarikat induk TikTok menamatkan perkhidmatan 450 kakitangannya di Indonesia.

 

Inisiatif itu dibuat susulan penggabungan operasi dengan sebuah syarikat e-dagang tempatan. 

 

Portal berita CNN pada Mei lalu turut melaporkan TikTok merancang untuk mengurangkan kakitangan operasi dan pemasarannya seluruh dunia.


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo