NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kibar bendera negara asing memalukan dan tidak patriotik – Pemuda MCA



KUALA LUMPUR – Pemuda MCA menyifatkan tindakan mengibarkan bendera negara asing yang berlaku di Menara Condong, Teluk Intan baru-baru ini sebagai tindakan yang memalukan dan tidak patriotik terhadap Malaysia sebagai tanah air sendiri.

Justeru itu, Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong menggesa mana-mana pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya mendahulukan semangat cintakan negara dan patriotisme dalam setiap penganjuran acara atau apa jua majlis yang hendak diadakan.

“Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” wajar dijadikan pegangan kepada kita semua bahawa semangat patriotik dan cintakan kepada Malaysia perlu sentiasa diutamakan.

“Kita semua perlu bersama memainkan peranan mempromosikan nilai-nilai dan budaya Malaysia seiring dengan konsep Malaysia Madani hari ini.

“Insiden di Menara Condong di Perak dan sebelum itu, di sebuah sekolah di Pulau Pinang, tidak sepatutnya berlaku dan berulang lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Awal hari ini, penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia tampil memohon maaf susulan penularan video perarakan sambil mengibar bendera China di Menara Condong Teluk Intan pada Khamis malam.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua berkata, tindakan itu dilakukan oleh peserta rombongan dari China yang menyertai perarakan sambutan berkenaan.

Mengulas lanjut, Choo Seong berkata agensi-agensi kerajaan perlu lebih peka dan sensitif dalam memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menganjurkan apa jua acara.

Jelasnya lagi, setiap pengisian program diselit dengan elemen-elemen cintakan Malaysia dan bukannya mengibarkan bendera negara asing.

“Dalam masa sama, pihak berkuasa juga perlu memberi pemantauan yang lebih terhadap penganjuran acara-acara sedemikian, lebih-lebih lagi acara yang diadakan di tempat awam, sekolah dan destinasi pelancongan,” kata Choo Seong lagi. – MalaysiaGazette












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo