NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketandusan calon PM dari BN, sekolah politik ditubuhkan di Janda Baik



TEMERLOH - Barisan Nasional (BN) menubuhkan sekolah politik di bawah Majlis Latihan dan Penkaderan UMNO bagi melatih pemimpin pelapis yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai bakal calon pilihan raya.

Presiden BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan sekolah politik di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik itu diputuskan kira-kira dua bulan lalu.

Menurutnya, melalui sekolah politik itu, mereka yang dikenal pasti dan terpilih akan dilatih dengan teori dan amali kepemimpinan yang akan disusun.

"Kita akan menilai prestasi mereka semasa mengikuti latihan di sekolah politik berkenaan.

"Mereka yang berpotensi akan disenaraikan untuk diteliti bagi menentukan siapa yang boleh atau layak untuk diangkat sebagai calon kerusi pada pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen BN Negeri Pahang 2024 Sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 BN di Dewan Tun Razak di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ahmad Zahid berkata, pemilih calon juga akan dilihat dengan mengambil kira penerimaan pengundi sama ada individu yang dipilih itu disukai atau sebaliknya.

"Pendekatan baharu ini akan dilaksanakan di seluruh negara dan senarai calon untuk mengikuti latihan di sekolah politik itu akan dipilih dan ditentukan Pengerusi BN negeri-negeri.

"Perkara ini sedang disusun dan diharap dapat diperincikan dalam masa terdekat," ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, barisan pemimpin pelapis terbaik perlu dicari lebih awal.

Beliau berkata, pemimpin pelapis perlu disiapkan bermula dari sekarang di semua lapisan.

"Jangan jadi pemimpin menongkat langit, kena cari pelapis untuk meneruskan khidmat untuk rakyat," katanya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan pemimpin dan ahli BN supaya tidak mengambil mudah pilihanraya akan datang.

"Semua kena kerja kuat, mesti dekati dan 'butakan warna' dalam membantu serta maafkan para pengundi yang silap undi parti lain pada pilihan raya lepas.

"Kita semua tahu, seteru politik juga cuba pelbagai taktik dan strategi termasuk untuk menawan Pahang namun kita sudah susun langkah dengan memperbetulkan kesilapan lalu untuk bangkit semula," katanya.



Sumber | Sinar Harian 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo