Perbicaraan kes saman Dr Mahathir Mohamad terhadap Presiden Umno Zahid Hamidi terpaksa ditangguh kerana bekas perdana menteri itu dimasukkan ke IJN. |
Pembantu beliau, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin, berkata Mahathir berada di bawah pemantauan doktor selepas dimasukkan ke IJN pada petang Selasa lepas kerana mengalami jangkitan saluran pernafasan yang lebih rendah.
Alhamdulillah, keadaan Tun semakin baik namun masih perlu dipantau,
katanya ringkas.
Semalam, Bernama melaporkan perbicaraan kes saman Mahathir terhadap Presiden Umno Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi ditangguh kepada 29 Okt ini selepas beliau dimasukkan ke IJN.
Peguamnya, Mior Nor Haidir Suhaimi, memaklumkan mahkamah bahawa Mahathir diberi sijil cuti sakit hingga 25 Okt dan memohon agar tarikh perbicaraan semalam serta hari ini dilapangkan.
Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong menetapkan 29 dan 30 Okt serta 5, 6 dan 9 Dis ini untuk menyambung pendengaran kes itu.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment