NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerja baiki jalan tidak sistematik punca kesesakan, susahkan orang ramai



JOHOR BAHRU – Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) perlu mencari penyelesaian masalah kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Pasir Gudang yang kembali kritikal ketika ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pihaknya menerima aduan masalah itu sejak minggu lalu sehingga sekarang yang menimbulkan tekanan kepada pengguna jalan raya.

Menurutnya, kesesakan yang berlaku setiap hari bukan sekejap tetapi kira-kira dua hingga tiga jam hampir setiap hari sejak minggu lalu.

“Kita dapati terlalu banyak kerja membaik pulih jalan raya dilakukan serentak dan ini dipercayai menyumbang kepada masalah kesasakan itu.

“Misalnya di Jalan Pantai dari Johor Bahru ke Permas Jaya pada minggu lalu dilaporkan berlaku kesesakan lalu lintas yang ketara.

“Ada aduan menyatakan pengguna jalan raya terbabit mengambil masa antara dua hingga tiga jam untuk sampai ke Taman Rinting.

“Contoh lain termasuk jalan berhadapan Jalan Permas 12 ditutup. Aduan diterima bahawa Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) ke Pasir Gudang iaitu selepas Jambatan Permas Jaya didapati sebahagian jalan raya yang di korek dibiarkan tanpa ditutup dan diturap.

“Keadaan ini amat membahayakan pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Katanya, terdapat juga aduan diterima pada waktu malam yang menyusahkan orang ramai apabila jalan raya dari Bakar Batu menuju ke Pasir Gudang ditutup sehingga pengguna terpaksa berpusing ke Lebuhraya Pasir Gudang yang agak jauh dari situ.

Katanya, orang ramai kecewa kerana tiada pemberitahuan jelas daripada pihak kontraktor yang menjalankan kerja pembaikan jalan atau pihak JKR dan MBJB.

“Bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya itu sama ada kini ataupun masa akan datang, saya mencadangkan JKR bersama MBJB dan pihak polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam turun padang ke kawasan yang terbabit,” ujarnya.

Pihak terbabit itu katanya, perlu memantau proses berkenaan dilakukan pihak konsesi kontraktor yang menjalankan kerja pembaikan jalan itu.

“Seterusnya saya cadangkan Pegawai Daerah Johor Bahru selaku Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Johor Bahru membincangkan perkara kesesakan jalan raya di Pasir Gudang dalam mesyuarat bulanan akan datang,” katanya.- MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo