NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan salur geran RM39.74 bilion kepada 1MDB

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, kerajaan persekutuan menyalurkan geran berjumlah RM39.74 bilion kepada 1MDB bagi tempoh 2019 hingga 2023.



KUALA LUMPUR
Kerajaan persekutuan menyalurkan geran berjumlah RM39.74 bilion kepada 1MDB bagi tempoh 2019 hingga 2023.

Geran itu bertujuan melunaskan prinsipal dan perbelanjaan lain, termasuk faedah bon serta bayaran kupon, menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2023 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2023.


Selain pelunasan tersebut, kerajaan persekutuan perlu menyediakan peruntukan berjumlah RM9.46 bilion,
 menurut laporan itu.

Ia terdiri daripada sejumlah RM5.0 billion bagi prinsipal Sukuk Islamic Medium Term Notes (IMTN) yang akan matang pada Mei 27, 2039, dan RM4.46 bilion bagi bayaran kupon IMTN bagi tempoh 2024 sehingga 2039 (15 tahun 6 bulan).

Menurut laporan itu, kerajaan persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.

Laporan itu turut mengesyorkan agar kerajaan persekutuan mendapatkan aset berkaitan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd daripada pelbagai pihak, termasuk dalam dan luar negara.

Kerajaan persekutuan juga disyor menggunakan dana tersebut bagi menampung perbelanjaan balik hutang 1MDB dan SRC, serta perbelanjaan hutang lain.

Ini kerana memandangkan Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (AAMKA) akan ditutup selewat-lewatnya pada 2028 seperti ditetapkan dalam Arahan Amanah AAMKA, 
kata laporan itu.



Sumber | FMT Malaysia 

 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo