NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan perlu adil, jelas lebih lanjut pengecualian cukai




BANGI, Isnin – UMNO Bahagian Pandan menggesa kolej dan universiti yang dibangunkan di bawah yayasan perlu diberikan pengecualian cukai. 

 

Ahli Jawatankuasanya, Syed Rosli Jamalullail berkata ia perlu berteraskan keadilan seperti diberikan kepada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

 

“Tindakan itu mungkin dilihat sebagai sokongan kepada sektor pendidikan yang dianggap sebagai salah satu tonggak utama dalam pembangunan negara.

 

“Jika UTAR dikecualikan daripada membayar cukai kerana status yayasan, saya berpendapat kolej dan universiti lain di bawah yayasan juga patut menerima manfaat yang sama,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini seperti disiarkan portal Malaysia Gazette. 

 

Syed Rosli mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghapuskan tunggakan cukai dan denda UTAR berjumlah RM83 juta. 

 

Katanya, kerajaan perlu bersikap telus dalam memberikan pengecualian cukai kerana dasar yang tidak konsisten hanya menggambarkan polisi pilih kasih kerajaan.

 

“Isu itu mungkin memerlukan penjelasan lebih lanjut daripada kerajaan mengenai kriteria yang digunakan untuk memberikan pengecualian cukai.

 

“Sama ada dasar ini boleh diperluas kepada semua institusi pendidikan di bawah yayasan agar adil dan saksama,” katanya.



Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo