SHAH ALAM – Kanak-kanak di pusat amal yang tiada kaitan dengan kumpulan Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH) sepatutnya dikembalikan kepada ibu bapanya.
Peguam mewakili pengurusan kanan kumpulan itu berkata, Rosli Kamaruddin berkata, pihak berkuasa sepatutnya tidak menghalang ibu bapa mendapatkan akses terhadap anak-anak mereka apatah lagi apabila didapati tiaada kaitan dengan eksploitasi.
“Bagi anak-anak yang telah ditahan, menjadi tanggungjawab kita semua. Bagilah penglibatan itu kepada ibu bapa mereka,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.
Jelasnya lagi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepatutnya mengembalikan hak penjagaan anak-anak yang terbukti tiada kaitan dengan GISBH kepada ibu bapanya.
“Berilah peruang kepada keluarga mereka sendiri untuk mengambil bahagian. Kalau tidak ada yang terlibat dengan GISBH, saya rayu kepada kerajaan, kembalikanlah. Perkara ini boleh dilihat dengan aman,” katanya lagi.
Terdahulu, jelas Rosli, kebanyakan anak-anak yang diselamatkan daripada pusat amal GISBH tidak dituntut kerana ibu bapa mereka juga ditahan polis.
“Majoriti ibu bapa berada dalam tahanan. Mereka (ibu bapa) dengan bahasa mudah kita kata mereka pun jem. Dekat mana, pusat mana, publik datang pun mereka tidak dapat memberikan maklumat itu.
“Pergi ke balai polis, balai kata pergi JKM. Pergi JKM, JKM kata ada perintah mahkamah.
“Bagaimana mereka boleh memperoleh perintah mahkamah? Apabila semua orang ini ditangkap dan dibawa untuk perlindungan, mestilah JKM menjadi pihak yang memohon perintah untuk memberi perlindungan. Dengan itu perintah diberikan kepada JKM.
“Dengan perintah itu, maka orang-orang yang ibu bapa mereka kebanyakannya masih dalam tahanan,” ujarnya.
Sebagai rekod sebelum ini, media melaporkan polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam satu Op Global pada 11 September lalu.
Mangsa terdiri 201 kanak-kanak lelaki dan 201 perempuan berusia setahun hingga 17 tahun disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan di premis dipercayai milik GISBH. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment