NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kekang penjualan vape yang sengaja tiru, mainan, gula-gula, manisan kanak-kanak – I-Medik




BANGI, Selasa – Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 mampu mengekang penjualan vape yang sengaja meniru bentuk permainan, gula-gula dan manisan  kanak-kanak. 

 

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr. Mohd Ihsanuddin Abas berkata, akta ini dijangka lebih berkesan dalam usaha mengekang penjualan vape yang kini rata-rata dijual dalam bentuk pelabelan coklat, gula-gula dan permainan hingga menarik perhatian golongan bawah 18 tahun termasuk kanak-kanak.

 

Jelasnya, sejak produk vape mula masuk pasaran pada 2010, Malaysia tidak mempunyai akta dan undang-undang khusus menghalang golongan bawah usia membeli dan mengawal penjualan produk berkenaan.

 

Katanya, sejak Akta Kawalan Produk Merokok termasuk vape mula berkuat kuasa 1 Oktober lepas, terdapat juga segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang tersebut dan meminta ia ditangguhkan.

 

Justeru, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi akta ini telah memberikan masa kepada pihak pembekal, pengeluar dan penjual vape untuk mempersiapkan produk mereka supaya ia tidak melibatkan sebarang pelabelan berunsurkan barangan yang boleh mengundang perhatian kanak-kanak.

 

Katanya lagi, sekiranya mereka ini masih lagi tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di dalam akta berkenaan maka pihak berkenaan boleh dikenakan kompaun oleh KKM serta dendaan sehingga RM20,000 untuk setiap kesalahan. 

 

“Mulai hari ini kita boleh nak mencegahlah, kanak-kanak dan remaja daripada mendekati vape,” ujarnya pada kepada TV Pertiwi pada Selasa. 

 

“Dan sekiranya kita melihat mereka menghisap menggunakan vape ini, mereka juga boleh dikenakan denda,” 

 

Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden I-Medik mengingatkan bahawa kanak-kanak di bawah usia 18 tahun boleh dikenakan kompaun sehingga RM500 sekiranya didapati menghisap vape.

 

“Jadi diharapkan dengan undang-undang ini, kita boleh tegaslah di dalam mengawal penghidap rokok, dalam kalangan kanak-kanak dan remaja,” 

 

Sebelum ini, KKM dalam satu kenyataan pada 30 September lalu, memperuntukkan larangan di dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 iaitu mana-mana penjualan produk merokok berbentuk permainan dan menarik perhatian golongan kanak-kanak dan remaja bagi mengekang kebolehdapatan produk berkenaan, 




Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo