NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keamanan dan keselamatan jadi keutamaan berbanding hudud - PM




Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tumpuan pada masa ini adalah menjaga keamanan dan keselamatan negara berbanding melaksanakan undang-undang Islam iaitu hudud.

“Kita perlu membina konsensus jika itu (hudud) yang majoriti besar mahukan. (Tetapi) Mungkin tidak buat masa sekarang,” kata Anwar dipetik Bernama hari ini.

Anwar dilaporkan berkata demikian dalam temu bual dengan wartawan terkenal British-Amerika, Mehdi Hasan baru-baru ini.

Menurut laporan Bernama , Anwar berkata hudud sering sering digunakan sebagai alat politik, khususnya semasa pilihan raya.

“Apabila berkuasa, mereka (pembangkang) mendakwa ‘hudud bukan keutamaan kami sekarang.’ Jelas sekali bagi mereka, ia lebih kepada muslihat politik. Dalam Islam, kita mesti menangani keutamaan, dan bagi saya, keamanan dan keselamatan diutamakan,” katanya.

Anwar berkata dalam dunia yang kompleks hari ini, dengan cabaran seperti pendigitalan dan peralihan tenaga, tumpuan harus diberikan kepada isu sebenar dan mendesak. 

“Dengan kerumitan pendigitalan dunia hari ini, peralihan tenaga, kita harus memberi tumpuan kepada cabaran sebenar ini.

“Keutamaan mesti termasuk meningkatkan kualiti pendidikan, menyediakan penjagaan kesihatan yang lebih baik, dan menangani isu-isu penting yang lebih mendesak, bukannya membincangkan topik yang pembangkang tahu tidak akan dilaksanakan,” kata Anwar.

Katanya lagi, kejayaan Malaysia memupuk toleransi dan perpaduan dalam masyarakatnya yang pelbagai menunjukkan negara majoriti Islam boleh mentadbir dan mengukuhkan ekonominya dengan berkesan.

“Dalam dunia di mana terdapat begitu banyak defisit, dari segi amanah, percanggahan, hipokrasi, perkauman, fanatik agama.. Malaysia perlu berupaya mempamerkan kehebatannya sebagai negara berbilang kaum, berbilang agama yang berjaya, melalui tadbir urus yang baik.

"Melalui toleransi dan khususnya dengan penduduk majoriti Islam, ia boleh ditampilkan bahawa, majoriti Islam boleh membantu mengurus negara dengan tadbir urus yang baik dan menyediakan ekonomi," katanya.



Sumber | Malaysiakini










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo