Tangkap layar kenyataan media Pengerusi JPP Bersatu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi pada Ahad. |
SHAH ALAM - Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan menerima keputusan pemilihan daripada semua 296 persidangan Srikandi, Armada dan Srikandi Muda yang berlangsung di peringkat bahagian seluruh negara pada Sabtu.
Pengerusi JPP Bersatu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata, keputusan muktamad bagi pemilihan jawatankuasa peringkat Srikandi, Armada dan Srikandi Muda Pusat akan diumumkan dalam waktu terdekat.
Menurut beliau, pihaknya akan berbuat demikian selepas menyemak segala pematuhan peraturan pemilihan, prosedur pengundian dan penjumlahan undi yang teratur di samping memperhalusi bantahan atau aduan diterima JPP.
"JPP ingin menegaskan waktu akhir penerimaan bantahan dan aduan adalah jam 10 pagi pada 28 Oktober ini (Isnin).
"Sebarang urusan boleh berhubung dengan Setiausaha JPP Pusat, Amirul Fahmi di talian 013- 6011566.
"Kami meminta agar semua pihak tidak membuat sebarang pengumuman atau spekulasi mengenai keputusan kemenangan sehingga JPP mengumumkannya secara rasmi dan muktamad," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Pada 4 Oktober lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan kekal sebagai Presiden Bersatu manakala Setiausaha Agung parti berkenaan iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin mengisi jawatan Timbalan Presiden selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan bagi sesi 2024-2027.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pengerusi JPP Bersatu, Saiful Adli Arshad menerusi sesi sidang media.
Bagaimanapun, katanya, pengisytiharan rasmi kemenangan kedua-dua calon tunggal terbabit hanya akan dibuat selepas selesai Persidangan Bahagian-Bahagian pada 2 November kelak.
Selain itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dikhabarkan turut menang tanpa bertanding jawatan Ketua Srikandi selepas penyandangnya, Datuk Seri Rina Mohd Harun mengambil keputusan untuk menarik diri.
Turut menang tanpa saingan ialah Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi bagi jawatan Naib Ketua Srikandi.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment