NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jangan sombong sangat, pemimpin PKR beritahu Nur Jazlan

Najwan Halimi memberitahu Nur Jazlan Mohamed supaya berpolitik dengan matang dan budiman.




PETALING JAYA
Pemimpin Umno digesa tidak bersikap sombong sehingga meremehkan peranan parti komponen dalam kerajaan perpaduan selepas menang PRK DUN Nenggiri dan Mahkota.

Adun Kota Anggerik, Najwan Halimi, menegaskan tiada satu parti politik yang dominan dan layak mendabik dada sebagai parti utama selepas PRU15.


Katanya, justeru tiada keperluan mengeluarkan kenyataan bersifat mengkal dan tidak menambah nilai dalam kerjasama politik Pakatan Harapan-Barisan Nasional sebagai gabungan utama membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.

“Belajarlah berpolitik dengan matang dan budiman. Kita kuat bukan kerana dengan hanya pandai bercakap dan sekadar jadi pahlawan kesiangan; kita kuat jika kita bersatu dan menyelesaikan perbezaan secara rundingan dan menghormati  antara satu sama lain.


“Alhamdulillah, Umno berjaya menang dua PRK; merampas Nenggiri dan mengekalkan Mahkota.

Rakyat menilai, jangan sombong sangat, rakyat tak suka orang politik yang sombong,

katanya mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa PKR dan Amanah hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan perpaduan.

Terdahulu, Nur Jazlan dilaporkan berkata PKR dan Amanah bukan parti penting atau layak duduk semeja dalam permainan ‘poker politik’ di peringkat persekutuan mahupun Johor.

Tulisan terbarunya itu berkait desakan segelintir ahli dalam PH supaya kerajaan perpaduan di Johor susulan kemenangan BN pada PRK Mahkota.


Ahad lalu, Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda menggesa penubuhan kerajaan perpaduan untuk mengekalkan momentum perpaduan dan sokongan rakyat, selain kesepakatan pada kempen PRK terbabit.

Dalam pada itu, Najwan berkata kepimpinan Umno Johor boleh belajar semangat perpaduan ditunjukkan di Selangor dan Perak, yang mana pembahagian jawatan dibuat secara adil tanpa mengira bilangan kerusi.

Sementara itu, Ketua PKR Pahang, Rizal Jamin meminta Nur Jazlan tidak menyamakan kerjasama kerajaan perpaduan dengan perjudian.

Tidak begitu tepat apabila mengumpamakan kerjasama politik antara BN dan PH ibarat permainan ‘poker’,
 katanya.

Katanya, pergeseran antara parti komponen kerajaan perpaduan sepatutnya dielak dan fokus seharusnya diberikan kepada usaha menterjemahkan sokongan pengundi kepada inisiatif dan program memberi manfaat kepada rakyat.

Manakala, Hasbie pula menganggap kenyataan Nur Jazlan hanya pandangan peribadi dan tidak sepatutnya dilihat mewakili Umno.

Tidak mewakili Umno keseluruhan dan terserah kepada dia untuk berfikir sebegitu,
katanya menegaskan hubungan kerjasama PH-BN semakin erat melihat kepada kepimpinan utama.


Sumber | FMT Malaysia









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo