BANGI, Sabtu – Jangan samakan situasi pengibaran bendera Palestin dengan bendera China, tegas Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rafique Rashid.
Menurut Rafique, pengibaran bendera Palestin oleh rakyat Malaysia adalah sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan mereka di Gaza serta membantah sekeras-kerasnya tindakan genosid yang dilakukan negara haram Israel.
Malah, katanya, pengibaran bendera Palestin juga dilakukan negara lain kerana menganggap ia sebagai isu kemanusiaan.
“Bezakan situasinya. Kita angkat Palestin kerana ini isu kemanusiaan.
“Palestin belum bebas dan merdeka. Anak-anak dan bayi dibunuh di Palestin. Sekolah dan rumah-rumah ibadat dibom. Genosid dan pembunuhan secara terbuka berlaku di sana,” katanya ketika dihubungi TV Pertiwi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan sesetengah individu yang mula mempertikaikan mengapa rakyat Malaysia dibenarkan kibar bendera Palestin dan menentang pengibaran bendera China.
Persoalan itu semakin ditimbulkan di media sosial apabila tular beberapa klip video memaparkan bendera China dikibarkan dalam perarakan di Teluk Intan, Perak beberapa hari lalu.
Susulan itu, Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua selaku penganjur telah mengemukakan permohonan maaf kepada semua dan menegaskan bahawa tindakan mengibar bendera itu tiada dalam tentatif sedia ada.
Bagaimanapun, ramai termasuk Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menggesa pihak berkuasa siasat melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur.
Mengulas lanjut, Rafique yang juga seorang peguam menjelaskan bahawa perayaan oleh Persatuan Kebudayaan Guan Gong Malaysia adalah perayaan keagamaan justeru tiada keperluan untuk mengibar bendera China.
Malah, katanya, wakil dari negara luar yang hadir bukan terdiri daripada kalangan diplomat.
“China pula tiada masalah genosid atau pembunuhan. Akhirnya begitu mudah sahaja persatuan (penganjur) mohon maaf.
“Tindakan kibar bendera China ini sebenarnya tindakan hendah tunjuk China makin berani di Malaysia,” tambah beliau.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment