NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JAKIM sahkan lebih 2,700 sekolah agama belum terima dana MoF




Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan hanya 874 buah sekolah agama rakyat (SAR) yang menerima peruntukan agihan Kementerian Kewangan (MoF).

 

Ketua Pengarahnya, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata 874 sekolah itu menerima peruntukan sebanyak RM5.36 juta.

 

“Setiap sekolah dari 874 buah itu sudah mendapat peruntukan dengan kadar RM1,901 hingga RM15,421 bergantung kepada jumlah keseluruhan pelajar.

 

“Walaupun secara keseluruhan negeri-negeri mempunyai bilangan sekolah yang banyak, namun mereka wajib memohon melalui pemegang taruh masing-masing,” katanya.

 

Sirajuddin berkata demikian dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook JAKIM hari ini.

 

Beliau mengulas kenyataan Presiden Parti BERJASA, Zamani Ibrahim berhubung peruntukan yang diterima SAR dan maahad tahfiz setakat ini.

 

Zamani berkata Belanjawan 2024 memperuntukan RM150 juta kepada SAR dan sekolah tahfiz namun hanya RM50 juta diterima 874 sekolah terbabit.

 

Sirajuddin berkata sehingga Oktober 2024, Kementerian Kewangan sudah selesai menyalurkan peruntukan tersebut kepada JAKIM sebanyak RM120 juta.

 

Katanya, sistem JAKIM menunjukkan bilangan SAR dan maahad tahfiz berjumlah 3,601 buah sekolah dan bukan seperti yang didakwa Zamani sebanyak 1,876 buah.



Sumber | TV Pertiwi








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo