Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad berkata ia bagi menangani isu kepadatan tanah perkuburan Islam di Selangor. |
Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata perkara itu sudah dibincangkan untuk tindakan lanjut.
Jais akan syorkan beberapa cara pelaksanaan kepada kerajaan negeri,
katanya menurut Sinar Harian.
Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Mohammad Fahmi Ngah pula berkata kaedah kubur bertingkat masih di peringkat perbincangan.
Terdahulu, Adun Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman memaklumkan semua tanah perkuburan di Ampang sudah penuh, kecuali di Ukay Perdana.
Secara purata, katanya, terdapat lima hingga tujuh pengebumian jenazah di tanah perkuburan Ampang setiap hari.
Kaedah kubur bertingkat wajar dikaji untuk Selangor dan mungkin Ampang boleh jadi perintis,
katanya yang lebih dikenali Altimet dalam catatan X.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment