NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Ini masalahnya bila umum dulu, fikir kemudian' - Syed Saddiq

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan supaya menghentikan amalan membuat pengumuman mengenai sesuatu pelaksanaan tanpa memperincikannya secara jelas termasuk dalam isu golongan T15.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu memberi respons sedemikian bagi menjawab kritikan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli susulan tindakannya mempersoalkan beberapa perkara mengenai Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu.

“Rafizi semalam bidas saya, kata saya salah sebab kerajaan belum tetapkan siapa T15. Ini masalah kalau kita umum dulu, fikir kemudian. Ini masalah kerana rakyat sudah dengar ucapan perdana menteri.

“Rakyat sudah dengar apa yang bakal mereka hilang (subsidi) petrol RM500 sebulan, hilang subsidi pendidikan, subsidi kesihatan. Hendak pergi klinik dah takut kerana kos yang sangat tinggi.

“Pengumuman sudah buat tapi sekarang, bila sudah didesak mereka kata, tidak apa kita fikirkan dulu. (Sedangkan) rakyat dah gelisah di bawah. Sebab itu kita di Parlimen perlu berhujah pertahankan rakyat dalam bab ini,” ketika sesi Perbahasan Peringkat Dasar Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan pada Selasa membuat hantaran di media bagi membalas kritikan Syed Saddiq berhubung pengumuman menarik balik petrol RON95 bersubsidi bagi golongan berpendapatan 15 peratus teratas atau T15.

Beliau berkata, cadangan belanjawan adalah penyataan hasrat dan rancangan kerajaan untuk masa hadapan, justeru angka yang dibentangkan itu hanyalah unjuran dan anggaran.

Sumber | Sinar Harian 

........
Komen: ........

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo