NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hubungan baik Malaysia-China bukan tiket benarkan pencerobohan di perairan negara – BERJASA



BANGI, Jumaat – Malaysia wajar memandang serius isu pertikaian Laut China Selatan agar negara lain sedar tahap kesediaan negara ini mempertahankan kedaulatannya, kata BERJASA.

 

Dalam kenyataan semalam, BERJASA berkata, walaupun Malaysia mempunyai hubungan dua hala yang baik dengan China, ia bagaimanapun tidak boleh dilihat sebagai satu tiket untuk berlembut dengan negara itu berhubung isu pencerobohan perairan negara terutama di Sabah dan Sarawak.

 

Katanya, atas semangat Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kedaulatan dan perlindungan keselamatan Sabah dan Sarawak wajar dipandangan serius oleh Putrajaya bagi memastikan tiada pihak yang terabai dari sudut kebajikan keselamatan.

 

“Selain daripada faktor keselamatan, faktor ekonomi juga perlu dipertimbangkan kerana Sarawak menyimpan 61% anggaran rizab minyak Malaysia yang dipercayai sekitar 4.2 bilion tong minyak dan selebihnya 20% di Semenanjung manakala Sabah 19%,” katanya.

 

Justeru, BERJASA menyambut baik komitmen kerajaan untuk menjaga perairan di Laut China Selatan daripada segala ancaman pencerobohan menerusi pembinaan pangkalan tentera laut baharu di Bintulu.

 

Katanya, pangkalan yang dijangka siap pada 2030 itu juga akan memainkan peranan penting melindungi perairan negara di wilayah Borneo.

 

“Pembinaan pangkalan ini dibuat tepat pada masanya dikala China sejak kebelakangan ini begitu agresif menceroboh zon ekonomi eksklusif Malaysia di luar pantai Sarawak.

 

“Sebelum ini, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) beroperasi di Malaysia Timur di pangkalan tentera laut Labuan, Teluk Sepanggar dan Sandakan.

 

“Semua pangkalan itu terletak di bahagian Borneo Utara maka pembinaan pangkalan tentera laut di Bintulu ini akan menjadi pangkalan pertama di Sarawak,” katanya.

 

Tambahnya, kedudukannya yang begitu strategik kerana berhampiran dengan Luconia khususnya di medan gas Kasawari yang dianggarkan mengandungi kira-kira 90.61 bilion meter padu gas asli. 

 

“Maka, TLDM mempunyai kelebihan untuk melindungi kawasan berharga itu jika berjaya menduduki perairan Bintulu secara sepenuhnya. 



Sumber | TV Pertiwi








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo