BANGI, Selasa – Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia membidas dakwaan pengguna media sosial yang mendakwa kononnya tindakan memboikot syarikat atau produk berkaitan Israel tidak mendatangkan impak positif.
Pengerusi BDS Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail berkata, tindakan itu bukan sahaja membantu perjuangan rakyat Palestin malah turut akan memberi manfaat kepada usahawan tempatan yang ingin menonjolkan perniagaan dalam pasaran.
Beliau berkata, sejak usaha ini diperhebatkan akhir tahun lepas, jualan dan operasi perniagaan syarikat tempatan semakin berkembang sekali gus memberi peluang kepada pekerjaan yang banyak kepada anak-anak muda di Malaysia.
“Syarikat yang sakit adalah syarikat-syarikat yang enggan mengutuk jenayah kejam Israel secara terbuka. Kebanyakan adalah dari Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Israel.
“Syarikat yang dimiliki orang tempatan semakin maju akibat boikot yang dilakukan rakyat Malaysia terhadap syarikat luar,” katanya kepada TV Pertiwi.
Sebagai contoh, Nazari berkata, kedai kopi tempatan semakin maju ketika syarikat kopi terkemuka antarabangsa banyak tutup.
Katanya, ini kerana syarikat tempatan tidak ada masalah menyokong perjuangan palestin dan mengutuk jenayah Israel dan AS.
“Tidakkah ini menguntungkan masyarakat kita yang tegas menyokong perjuangan Palestin?” soal beliau.
Terdahulu, sebuah video tular di media sosial apabila seorang individu mendakwa tindakan memboikot produk tidak mendatangkan manfaat kepada perjuangan Palestin ketika Israel meneruskan serangan di Gaza dan Lubnan.
Video itu turut mengundang reaksi dalam kalangan masyarakat yang cuba menjelaskan impak positif daripada aktiviti memboikot produk tertentu.
Antara yang dikongsikan ialah kejatuhan teruk saham milik syarikat gergasi selain pemecatan Ketua Pegawai Eksekutif kerana gagal menangani impak boikot tersebut.
Dalam pada itu, Nazari menjelaskan, tindakan memboikot adalah salah satu usaha komuniti dunia menunjukkan solidariti kepada penduduk Gaza sementara mereka bermatian-matian berjuang untuk menuntut kemerdekaan Palestin.
“Sekiranya penindasan Israel menjadi topik pertikaian sama ada kita perlu boikot atau tidak, adakah ini bermaksud pejuang Palestin tidak perlu bertempur kerana jumlah kematian Palestin semakin meningkat?
“Adakah kita patut duduk diam dan membiarkan Zionis membunuh lebih ramai orang Palestin dan merampas tanah mereka? Inilah mentaliti orang yang tidak ada semangat juang menentang penindasan,” tambah beliau.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment