BANGI, Isnin – Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap ahlinya kerana mereka bukan pengganas.
Peguam mewakili GISBH, Datuk Rosli Kamaruddin berkata, penggunaan SOSMA adalah terlalu tegas dan tidak mempunyai belas kasihan kerana tertuduh tidak boleh dijamin.
“Jadi dimanakah Ihsan di dalam siasatan itu, kalau siasatan berkaitan dengan akidah, bermakna kerajaan akan menangkap, dan menyiasat semua yang tidak mempunyai akidah yang persamaan dengan ASWAJ,
“Jadi lalukan siasatan seperti biasa, Mereka ada hak untuk bela diri mereka,” ujarnya di Sidang Media di sebuah hotel di Shah Alam, hari ini.
Rosli berkata, pihak berkuasa sewajarnya melakukan siasatan seperti dan tidak perlu terbawa-bawa ketika menyiasat GISBH.
Jelasnya, GISBH akan memberi kerjasama penuh dan berharap siasatan dilakukan secara adil.
“Ada ahli yang masih ditahan di bawah SOSMA, belum lagi melalui sesi soal jawab.
“Tidak perlu dedahkan semua siasatan kepada media,” ujarnya.
Mengulas mengenai dakwaan ajaran menyimpang cari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, beliau meminta supaya a disiasat mengikut jabatan agama negeri, pejabat mufti dan bukannya SOSMA.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Datuk Seri Nasiruddin Mohd Ali bersama 15 lagi pengikutnya ditahan semula di bawah SOSMA pada 10 Oktober lalu.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment