NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gaji minimum naik ke RM1,700 sebulan




Kerajaan mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum sebanyak RM200 berbanding kadar semasa RM1,500 sebulan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa menitikberatkan soal pendapatan rakyat.

"Penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa.

"Untuk itu, kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

"Kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah menteri kewangan itu Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja.

Umpamanya, jelasnya gaji permulaan juruteknik industri dan pengeluaran (RM2,290), jurutera mekanikal (RM3,380) dan profesional pereka kandungan kreatif (RM2,985).

"Selanjutnya, Dasar Gaji Progresif ialah ikhtiar Kerajaan Madani untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja.

"Dasar ini sudah mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan. Dasar Gaji Progresif diperuntukkan RM200 juta dan akan memanfaatkan 50,000 pekerja," kata Anwar.



Sumber | Malaysiakini







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo