NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Era raih undi protes sudah tamat, Bersatu perlu solusi baharu – Wan Saiful



KUALA LUMPUR – Calon Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan parti perlu ditonjolkan mempunyai solusi baharu kepada rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menegaskan, parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu keluar daripada polemik undi protes rakyat terhadap kerajaan satu ketika dahulu.

“Kita tidak boleh terus bergantung kepada undi protes. Era itu sudah tamat.

“Sebaliknya kita mesti memposisikan Bersatu sebagai parti yang mempunyai solusi yang diyakini rakyat, parti yang berwawasan, dan parti yang berprinsi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Wan Saiful lagi, pelancaran dokumen ideologi Bersatu baru-baru ini perlu menjadi wadah politik paling utama kepada rakyat.

“Dokumen ini perlu dicerakinkan dan dihadamkan di segenap peringkat parti.

“Ini memerlukan pasukan mantap untuk melaksanakan usaha tersusun bawah kepimpinan dan bimbingan Muhyiddin Yassin (presiden) serta Hamzah Zainuddin (timbalan presiden).

“Saya mohon ahli-ahli Bersatu memberi ruang untuk saya juga meneruskan sumbangan dalam memperkasa parti,” katanya lagi. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo