NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Enam pelakon opera ditahan ketika buat persembahan

Antara pelakon opera warga asing yang ditahan Imigresen dalam serbuan di Butterworth.



BUTTERWORTH - Enam pelakon opera warga asing diberkas Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang selepas dipercayai melanggar syarat pas masuk ke negara ini dengan menjalankan aktiviti sebagai artis budaya.

Kegiatan pelakon opera warga asing itu terbongkar dalam operasi yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang di pekarangan sebuah rumah ibadat di Butterworth pada Khamis.

Pengarah Imigresen negeri, Nur Zulfa Ibrahim berkata, operasi yang dilakukan selepas menerima aduan yang menyatakan terdapat sekumpulan warga asing tanpa permit sah membuat persembahan di pekarangan rumah ibadat terbabit.

"Pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat enam warga asing lengkap dengan kostum atas watak masing-masing yang sedang membuat persembahan.


"Semakan ke atas pasport mendapati mereka hanya diberikan pas lawatan sosial dan tiada sebarang kebenaran yang tercatat di dalamnya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.


Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita warga Taiwan serta dua wanita Singapura yang berumur 40 hingga 60 tahun.


Jelasnya, kesemua mereka yang terbabit disyaki telah melanggar syarat-syarat Pas selaras dengan peruntukan di bawah peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.


"Siasatan lanjut akan dilakukan dan sekiranya sabit kesalahan kesemua mereka bakal dikenakan tindakan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

"Berdasarkan peraturan semasa yang sedang berkuatkuasa mana-mana artis perlu membuat permohonan kepada Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang diwujudkan oleh Kerajaan sebagai sebuah agensi setempat yang menyelaras permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peruntukan di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen tanpa kompromi" ujarnya.


Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo