NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua lelaki jual alas kaki corak masjid dan kaabah direman tiga hari



GEORGE TOWN – Dua lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan penjualan alas kaki menyerupai corak Kaabah dan masjid direman selama tiga hari.

Perintah reman bermula hari ini terhadap suspek berusia 26 dan 41 tahun itu dikeluarkan Majistret George Town, Nadratun Naim Mohd Saidi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin mengesahkan pihaknya menahan pemilik kedai dan penjual susulan menerima laporan daripada orang awam.

Pengadu membeli alas kaki menyerupai corak Kaabah dan masjid sebelum membuat laporan polis. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo