KUALA LUMPUR – Dr. Chong Fat Full akan mempertahankan kerusi Ketua Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pemilihan yang akan diadakan pada 12 Oktober ini.
Beliau yang merupakan Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Ledang akan dicabar oleh Ketua Sayap Bersekutu Bersatu Bangi Vasantha Kumar Krishnan.
Dalam pemilihan pertama kali bagi sayap tersebut, Fat Full mengumumkan pasukannya yang digelar ‘Progresif Bersekutu’ termasuk Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan yang akan bertanding jawatan Naib Ketua sayap itu.
Sri Sanjeevan yang ketika ini memegang jawatan Ketua Penerangan akan dicabar oleh Ahli Sayap Bersekutu Bersatu Tanjong Cheah Kim Huat.
Fat Full turut memilih 14 ketua bahagian sebagai pasukannya bagi bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa.
Katanya, beliau secara teliti memilih pemimpin terbabit yang bersih daripada korupsi sebagai persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang terutama dalam menawan hati pengundi bukan Melayu.
Dalam parti politik, pertarung terakhir adalah pilihan raya, jadi saya kena pastikan pasukan ini adalah dalam kalangan yang tahu politik, yang boleh membantu parti memenangi pilihan raya.
“Sudah tentu untuk menang dalam pilihan raya kena tawan hati pengundi. Ini adalah sesuatu yang kami berusaha dengan keras, yang pada kami golongan bukan Melayu.
“Sekarang ini bukan Melayu lebih kepada parti lain. Jadi kami berhadapan cabaran untuk mendapatkan undi mereka,” katanya.
Menurut beliau dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini seperti Kuala Kubu Bharu, Sungai Bakap dan Mahkota peratusan kaum Cina dan Indian keluar mengundi adalah rendah.
Katanya, masih terdapat ruang dan peluang untuk menarik sokongan pengundi yang tidak keluar yang dikategorikan sebagai atas pagar.
Sementara itu Sri Sanjeevan berkata, pemilihan sayap Bersatu itu akan membabitkan 7,466 ahli di Selangor (1,478), Wilayah Persekutuan (1,212), Negeri Sembilan (1,613), Johor (2,323) dan Perak (840).
Menurutnya pemilihan itu membabitkan 26 bahagian Sayap Bersekutu di seluruh negara.
Beliau menasihatkan agar sebarang isu membabitkan pemilihan akan diselesaikan secara dalaman dan berlangsung dengan aman. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment