NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dianggap ‘berlebihan’, Rampasan jam berunsur LGBT tiada merit dari sudut punca kuasa



KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari secara sinikal `memohon maaf’ kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Kerajaan Malaysia disebabkan pernah mengucapkan tahniah di Dewan Rakyat pada Jun tahun lalu, kerana merampas jam tangan yang mempunyai unsur-unsur mempromosi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Jelasnya, rampasan itu turut disahkan Saifuddin Nasution yang menjelaskan ia dibuat berdasarkan kepada unsur-unsur yang jelas mempromosi budaya songsang yang dilarang di dalam agama dan undang-undang di negara ini.

Bagaimanapun, ujar Ahmad Fadhli, beliau terpaksa memohon maaf kerana `tersalah’ mengucapkan tahniah itu ekoran pendirian terbaharu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara baru-baru ini yang tidak bersetuju dengan rampasan itu.

“Jadi, jika seorang Perdana Menteri tidak setuju dengan tindakan agensi di bawah kerajaan, tindakan itu tidak ada merit lagi dari sudut punca kuasa.

“Saya mohon maaf sekali lagi kerana mengucapkan tahniah atas rampasan itu. Jika perlu, saya sedia menarik balik ucapan tahniah itu di dalam Dewan Rakyat nanti,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Menerusi catatan sama, Ahmad Fadhli turut berkongsi pautan kepada video wawancara Anwar bersama media asing berkenaan tindakan merampas jam tangan berunsur LGBT itu di https://m.youtube.com/shorts/zS1tgLUqJas.

Pada 13 dan 14 Mei tahun lalu, KDN menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan LGBT.

Serbuan selama dua hari itu diadakan di butik Swatch yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.

Selain itu, lima lagi butik diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching.

Bagaimanapun, Swatch mencabar tindakan KDN merampas sebanyak 172 jam tangan termasuk siri ‘Pride Collection’ itu di mahkamah dengan mendakwa penyitaan tersebut tidak sah kerana jam tangan bukan sebuah ‘penerbitan’ yang boleh dilarang dalam Akta Mesin Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo