NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP tidak pernah mengemis dengan BN

Siew Fook sebelum merasmikan Konvensyen Biasa DAP Johor di Eco Spring Resort, Johor Bahru, hari ini.


JOHOR BAHRU – DAP mahu polemik kononnya Pakatan Harapan (PH) Johor mahu Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di negeri ini dihentikan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, parti itu tidak pernah membuat sebarang perbincangan, mengungkit atau mencadangkan Kerajaan Perpaduan diwujudkan di Johor.

“DAP menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang menitahkan tiada pembangkang di Johor sebaliknya hanya ada wakil pengimbang.

“Hakikatnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Barisan Nasional (BN) menang 40 kerusi dan tubuhkan kerajaan dengan selesa.

“PH yang pada ketika itu lawan BN, hanya menang 12 kerusi termasuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) satu kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula menang tiga kerusi.

“Itu hakikatnya yang perlu kita (PH) terima. Itu sebabnya saya berharap polemik baru-baru ini mengenai Kerajaan Perpaduan di Johor tidak perlu ditimbulkan dan dihentikan.

“DAP tak pernah dan tidak akan mengemis jawatan kerajaan negeri. Jika nak jawatan kerajaan, kita lawan pada pilihan raya dan menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Biasa DAP Johor di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching.

Sebelum ini, beberapa pihak dalam PH termasuk Parti Amanah Negara (Amanah) terus mendesak supaya Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor susulan kemenangan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, akhir bulan lalu.

Ini kemudian disambut beberapa pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang kemudiannya menimbulkan polemik berterusan antara PH dan BN.

Mengulas lanjut, Siew Fook menasihatkan ahli DAP supaya bersabar dan mainkan peranan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen.

“Kita teruskan berkhidmat, pastikan kita kuat dan menang sokongan rakyat supaya dapat kekal setiap kerusi kita,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang akbar, beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, pendirian DAP sejak dulu adalah jelas bahawa parti itu tidak pernah mencadangkan penubuhan Kerajaan Perpaduan di Johor.

Beliau sudah memaklumkan kepada Chin Tong sejak tahun lalu supaya tidak perlu bincang, ungkit mahu pun mencadangkan mengenai penubuhan Kerajaan Perpaduan di Johor.

“Kita menerima hakikat bahawa Kerajaan Johor hari ini ditubuhkan sebelum Keraja Persekutuan atau Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.

“Johor telah tubuh kerajaan negeri dan kita tidak mahu ganggu perjalanan kerajaan dan tak nak rumitkan keadaan.

“DAP tak pernah ‘buka buku’ pun pasal Kerajaan Perpaduan, jadi jangan salahkan DAP kerana kita tak pernah cadang, ungkit atau tuntut ia ditubuhkan. Jangan ada mana-mana pihak pun nak menyalahkan DAP,” katanya.

Mengulas bentuk kerjasama antara PH dan BN Johor dalam pilihan raya umum dan pilihan raya negeri (PRN) nanti, beliau berkata, perkata itu akan dibincangkan apabila tiba waktunya.

“Itu belum sampai ke sana. Kita akan bincang apabila sampai masanya nanti di peringkat Persekutuan termasuk apa model kerjasamanya, pembahagian kerusi dan sebagainya, sama ada kita bekerjasama atau sebaliknya itu akan diputuskan kemudian,” katanya.- MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo