NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP patut hormat dan tidak masuk campur hal ehwal Islam sekiranya ingin bekerjasama

Suhaimi Nasir meminta Chan Foong Hin tidak lagi memperbesarkan isu membabitkan Dr Akmal Saleh dan Teresa Kok.




PETALING JAYA
Seorang pemimpin Umno Sabah membidas AJK DAP negeri itu Chan Foong Hin kerana masih memperbesarkan isu pensijilan halal membabitkan Dr Akmal Saleh dan Teresa Kok dengan mengaitkan kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) pada PRN.

Ketua Penerangan Suhaimi Nasir berkata Chan disaran menasihatkan pemimpin DAP termasuk Kok supaya tidak menyentuh soal agama tiada kaitan dengannya, sebelum menasihatkan Umno Sabah mengenai ‘erti hormat’

Katanya, Chan yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu sepatutnya tidak lagi memperbesarkan isu membabitkan Kok dan Akmal kerana dalam proses siasatan pihak berkuasa.

“Oleh itu, beri ruang sepenuhnya untuk pihak polis membuat siasatan dan mencari kebenaran.


Umno Sabah akan terus mempertahankan Islam tanpa rasa apologetik. Jika Chan dan DAP Sabah menghormati Umno Sabah kami juga akan menghormati DAP Sabah,

 katanya dalam kenyataan.

Semalam, Chan dilaporkan berkata Umno perlu menangani pemimpin Pemudanya menjelang PRN akan datang, dengan merujuk gelaran ‘nyonya tua’ oleh Akmal terhadap Kok dalam isu pensijilan halal.

Katanya, sikap ekstremisme dan serangan peribadi tidak akan diterima di Sabah, selain menegaskan sebarang kerjasama harus berdasarkan rasa hormat bersama.

Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata Umno Sabah tidak berunding secara terus bersama DAP Sabah tetapi dilakukan atas platform Barisan Nasional (BN) dan PH.


Jika ingin terus kerjasama terbentuk, sila hormati agama Islam dan Umno Sabah kerana bak kata pepatah kami bukan seperti ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’, atau ‘apatah lagi melukut di tepi gantang’,

 katanya.

Pada 17 Sept lalu, Umno menerusi Presiden Zahid Hamidi mengumumkan BN secara dasar bersetuju kerjasama dengan PH pada PRN Sabah dijangka tahun depan.

DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada Oktober tahun depan, diikuti PRN yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.


Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo