Beliau memberi maklum balas itu menjawab kenyataan Ketua DAP Johor Liew Chin Tong yang mendakwa perbalahan Akmal dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok menjadi punca ramai pengundi Cina tidak mengundi pada PRK Mahkota, Sabtu lalu.
Di PRK Sungai Bakap pun pengundi Cina tak keluar mengundi, adakah itu salah Dr Akmal Saleh walaupun tiada di Sungai Bakap,katanya merujuk pengurangan 10% pengundi Cina pada PRK Sungai Bakap.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dilaporkan berkata peratusan mengundi rendah itu menjadi punca kekalahan PH di tangan Perikatan Nasional (PN).
Akmal turut meminta Liew bertanya terlebih dahulu kepada Kok yang mengeluarkan kenyataan ‘mengganggu-gugat ketenteraman negara’, bukan menyalahkan orang yang memberi maklum balas terhadap kenyataan tersebut.
“Cuba contohi MCA yang kuat bekerja dan akhirnya membawa pengundi Cina asas mereka mengundi seperti yang dijanjikan. Nak salahkan saya? Ikut suka hati kamu, parti kamu.
Yang penting Umno perlu terus berubah menjadi lebih baik supaya kepercayaan rakyat terus diberikan kepada kami dan terus tegas untuk mempertahankan prinsip menjaga agama islam,bangsa dan tanah air walau dengan siapa kami berkawan,
katanya.
Terdahulu, Liew mendakwa perbalahan Akmal dan Kok menyebabkan pengundi Cina pada PRK DUN Mahkota marah dan kecewa sehingga tidak keluar mengundi.
Katanya, perbalahan itu menjadi faktor mendorong mereka untuk protes dan tidak menunaikan tanggungjawab sehingga peratusan pengundi Cina rendah.
Institut Darul Ehsan (IDE) dilapor menganggarkan kadar peratusan keluar mengundi mengikut kaum pada PRK DUN Mahkota – Melayu sebanyak 61%, Cina (49%) dan India (48%).
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment