NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP minta PKR, Amanah henti polemik tubuh kerajaan perpaduan Johor




PETALING JAYA
DAP selesa memainkan peranan sebagai wakil pengimbang dalam DUN Johor, kata Setiausaha Agungnya Loke Siew Fook yang meminta polemik penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu dihentikan.

Loke berkata partinya tidak pernah mencadangkan kerajaan perpaduan ditubuhkan di Johor yang kembali dibangkitkan segelintir pihak susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRK Mahkota, 28 Sept lalu.

Menurutnya, semua pihak perlu menerima hakikat kerajaan Johor diketuai Onn Hafiz Ghazi ditubuhkan sebelum penubuhan kerajaan perpaduan peringkat persekutuan, apabila BN menang pada PRN 2022.

“Hakikatnya pada PRN 2022, BN menang 40 kerusi dan tubuhkan kerajaan dengan selesa, PH yang pada ketika itu ‘lawan’ BN, hanya menang 12 kerusi termasuk Muda satu kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula menang tiga kerusi.


Itu hakikatnya yang perlu kita (PH) terima. Itu sebabnya saya berharap polemik baru-baru ini mengenai kerajaan perpaduan di Johor tidak perlu ditimbulkan dan dihentikan,

katanya menurut Harian Metro.

Johor telah tubuh kerajaan negeri dan kita tidak mahu ganggu perjalanan kerajaan dan tak nak rumitkan keadaan.

Selepas kemenangan BN yang mewakili kerajaan perpaduan pada PRK Mahkota, 28 Sept, Ketua Pemuda Amanah Hasbie Muda berharap kerajaan perpaduan di Johor dapat diwujudkan, selari dengan persekutuan.

Beliau dipetik berkata kemenangan calon BN Syed Hussien Syed Abdullah itu hasil usaha keras semua pihak dalam kerajaan perpaduan.

Pada September tahun lalu, Onn Hafiz dilapor berkata tiada keperluan untuk Johor menubuhkan kerajaan perpaduan pada ketika ini, kerana kerajaan negeri ditubuhkan selepas PRN yang diadakan sebelum PRU15.




Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo