NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP hanya alasan, kekuatan UMNO terbukti di Nenggiri dan Mahkota



KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa, Pas malu untuk mengulas mengenai kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota baru-baru ini.

Beliau yang juga Speaker DUN Johor berkata, Pas takut sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memulangkan paku buah keras ekoran kekalahan calon Pas pada PRK DUN Nenggiri sebelumnya.

Tambah beliau, pada PRK DUN Nenggiri, Pas berkeras supaya calonnya diletakkan bertanding dan perlu menggunakan logo Pas, namun kalah teruk kepada Barisan Nasional (BN).

“Hingga hari ini PAS tetap berdiam diri pasal PN kalah teruk di Mahkota. Ketua Penerangan Pas (Ahmad Fadhli Shaari) berkata tidak perlu dedah post mortem.

“Nak dedah apa. Memang Pas tidak ada post mortem. Pas menganggap itu kekalahan Bersatu. Pas lepas tangan. Pas takut dikata menyebok (menyibuk),” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau, hari ini.

Sementara itu, Mohd. Puad turut menjawab kenyataan Ahmad Fadhli sebelum ini yang mana Pas tidak ‘meroyan’ untuk mendesak UMNO menjalankan bedah siasat (post mortem) ekoran kekalahan besar pada PRK Kemaman.

Jelas beliau, UMNO sudah menjawab berkenaan kekalahan tersebut yang antara puncanya disebabkan rasa taksub kepada ‘gelombang hijau’ yang wujud ketika itu.

“Hanya Isham Jalil (bekas MKT UMNO) yang percaya DAP adalah punca.

“Rupanya hujah Isham Jalil tidak tepat. Kelaut. Nenggiri dan Mahkota telah membuktikan. DAP hanya alasan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Puad secara sinikal memuji Ahmad Fadhli yang sebelum ini memetik kata-kata pemimpin komunis, Moa Tse Tung dalam kenyataan di laman sosial Facebook beliau.

“Rupanya boleh guna idea pemimpin komunis. Pas guna tidak apa. Orang lain tak boleh. Dituduh komunis.

“Macam politik wang. Orang lain tak boleh. Itu rasuah. Kalau Pas boleh. Itu “sedekah”,” katanya. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo