NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cukuplah dengan modus operandi buat dulu baru minta maaf – Dr Akmal

Pemuda UMNO Perak membuat laporan polis berhubung pengibaran bendera China di Teluk Intan. Foto FB Akmal Saleh



KUALA LUMPUR – ‘Cukuplah dengan modus operandi buat dulu baru mohon maaf. Rakyat dah muak,” kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh.

Katanya, Pemuda UMNO Negeri Perak sudah pun membuat laporan polis mengenai bendera China yang dikibarkan dalam satu perarakan di Teluk Intan, kelmarin.

“Tahniah pemuda UMNO Perak,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Menurut beliau, Pemuda UMNO meminta agar pihak polis segera melakukan siasatan dan mereka yang tidak bertanggungjawab dihukum seberat-beratnya.

Semalam, Dr Akmal mengecam pengibaran bendera China di Menara Condong Teluk Intan.

“Apa kejadahnya nak buat perarakan di tempat awam, dah la takda permit angkat lagi bendera China, takda satu pun bendera Malaysia kat situ.

“Cukup-cukuplah hari tu dah berlaku dalam sekolah, hari ni nak bawa bendera China berarak dekat luar pulak.

“Cukuplah, cukup-cukuplah minta maaf dan hari ini saya akan mengarahkan seluruh Pemuda UMNO dalam negeri Perak buat satu laporan polis, minta polis siasat, kita charge (dakwa) dan kenakan hukuman mereka ni ambil tindakan dengan hukuman yang berat-beratnya.

“Dahlah jangan bermain dengan sensitiviti dalam negara kita. Cukuplah,” tegasnya.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua dalam kenyataannya memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh rombongan negara itu pada malam perarakan di Teluk Intan, 24 Oktober 2024.

Jelasnya, tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak sekalipun dirancang dalam tentatif oleh pihak pengelola. – MalaysiaGazette












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo