KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) meneliti naratif terbaharu media yang memaparkan mengenai subsidi pendidikan yang ditanggung oleh kerajaan turut dinikmati golongan kaya.
Naib Ketuanya, Ustazah Salamiah Mohd Nor berkata, DMPM khuatir bahawa taktik memainkan sentimen golongan kaya itu hanya justifikasi untuk menarik subsidi pendidikan sepertimana yang telah rakyat hadapi dalam isu penghapusan subsidi diesel.
“Universiti Awam adalah institusi pendidikan untuk rakyat kebanyakan dan ‘pelaburan’ jangka masa panjang untuk Kerajaan.
“Apabila ramai rakyat berpendidikan tinggi, maka manfaatnya akan dinikmati oleh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Salamiah, sekiranya Universiti Awam kehilangan bantuan subsidi daripada Kerajaan, maka dikhuatiri ada kualiti yang perlu dikorbankan apabila universiti awam disibukkan dengan tugas mencari dana.
Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, situasi itu bakal memberi kesan kepada mahasiswa dan mahasiswi dalam kalangan rakyat kebanyakan.
Beliau berpendapat bahawa jika kerajaan dapat menghapuskan cukai RM83 juta ke atas Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), maka dana tersebut seharusnya digunakan untuk mengekalkan subsidi pendidikan.
“DMPM menegaskan bantahan awal terhadap apa-apa keputusan ke arah memangsakan pendidikan generasi pewaris Malaysia,” katanya.
Sumber | HARAKAHDAILY
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment