NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cukai LVG dilaksanakan sejak Januari, sedangkan cukai masih belum dialksanakan hingga hari ini



KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membangkitkan persoalan mengenai Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) yang sepatutnya dilaksanakan tahun ini.

Ahli Parlimen Pagoh itu mendakwa, sehingga kini sistem percukaian baharu itu masih tiada sebarang perkembangan.

“Kita tak dengar apa-apa berita lagi mengenainya (HVGT). Adakah ditangguh atau dibatalkan? Sedangkan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barangan bernilai rendah atau LVG telah pun dilaksanakan sejak bulan Januari tahun ini.

“Ini seolahnya orang miskin yang membeli barangan murah dikenakan cukai, orang kaya yang memberi barangan mahal tak dikenakan cukai.

“Ini satu dasar yang songsang,” katanya ketika sesi Perbahasan Peringkat Dasar Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Muhyiddin dalam masa sama turut membangkitkan persoalan mengenai dasar gaji progresif sama ada ia dilaksanakan atau sebaliknya.

“Adakah ia (dasar gaji progresif) akan dilaksanakan, ditangguh atau tidak dilaksanakan langsung. Hal ini mesti diperjelaskan,” katanya.

Sementara itu, beliau dalam masa sama turut mengingatkan kerajaan supaya berhati-hati dalam menguruskan perbelanjaan negara bagi memastikan tidak berlaku jumlah belanjawan yang lebih besar pada masa hadapan.

“Mengenai Belanjawan 2025 yang terbesar dalam sejarah, saya ingin mengingatkan bahawa Belanjawan 2024 yang pada asalnya berjumlah RM393.8 bilion telah meningkat kepada RM407.5 bilion dari segi perbelanjaan sebenar.

“Berkemungkinan, perkara yang sama akan berulang pada tahun hadapan jika perbelanjaan negara tidak diurus secara berhemah,” katanya.




Sumber | Sinar Harian 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo