Premier Sarawak Abang Johari Openg Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan berjanji kepada kerajaan negeri bahawa pengambilan baharu guru terlatih adalah berasal dari negeri itu. |
Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mahu mengelak senario guru bukan berasal dari Sarawak akan memohon untuk kembali ke Semenanjung selepas dua tahun berkhidmat di negeri itu, lapor Utusan Borneo.
Katanya, masalah kekurangan guru di Sarawak tidak akan dapat diselesaikan sekiranya ada guru yang bukan berasal dari negeri itu akan memohon untuk berpindah selepas beberapa tahun.
“Kita bukannya anti-Semenanjung tetapi kita berkehendakkan tenaga guru tempatan, supaya tidak perlu berpindah balik ke negeri asal.
Kalau anak Sarawak, mereka tidak memohon berpindah, kalau adapun perpindahan dalam negeri sahaja,
katanya yang dipetik sebagai berkata.
Pada Isnin lalu, didedahkan seramai 300 pemohon dari luar Sarawak antara 1,700 calon yang disenarai pendek untuk pengambilan khas guru di negeri itu.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Roland Sagah Wee Inn berkata hanya calon dari Sarawak yang harus diterima di bawah inisiatif tersebut.
Abang Johari juga berkata beliau kecewa dengan cara program pengambilan khas guru itu dijalankan.
Katanya, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) berjanji kepada kerajaan negeri bahawa guru yang bakal dilantik itu nanti berasal dari Sarawak.
Namun mereka (SPP) mengubah pendirian dan membuka permohonan kepada orang Semenanjung,
katanya.
Abang Johari berkata, buat masa ini beliau menyerahkan kepada Sagah untuk berunding dengan SPP berhubung program pengambilan khas guru itu.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment