NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN-Umno perosak negara, PH jadi penyelamat ‘Parti Penyamun’

Dr Boo Cheng Hau menegaskan tiada keperluan PH meminta maaf kepada BN dan Umno



PETALING JAYA
Seorang pemimpin DAP Johor menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebagai pakar bedah yang telah menyelamatkan Barisan Nasional (BN) sehingga mendapat sokongan semula rakyat, terbaharu pada PRK Mahkota.

Ahli Jawatankuasa DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mendakwa pada PRK itu lebih 14,000 daripada 27,995 undi diterima calon BN Syed Hussien Syed Abdullah adalah dari penyokong PH.

Bekas Adun Skudai itu menegaskan tiada keperluan PH meminta maaf kepada BN dan Umno seperti gesaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed atas segala tohmahan, tuduhan dan persepsi didakwa ‘dicipta sejak berpuluh tahun lalu’, sehingga menyebabkannya dipandang kotor pengundi.

Boo, seorang pengamal perubatan mendakwa salah urus ekonomi dan rasuah semasa pemerintahan Barisan Nasional-Umno telah merosakkan negara.

Menurutnya, keadaan itu boleh diibaratkan pesakit kencing manis tenat memerlukan pembedahan amputasi sebelum keadaan gangren pada jari kaki menjadi lebih mudarat.

“PH di bawah pimpinan Anwar telah melakukan reformasi yang berani seperti amputasi jari-jari kaki gangren yang telah menyelamatkan bukan sahaja Umno tetapi juga negara daripada kemusnahan.

Oleh itu, BN-Umno bukan sahaja harus menarik balik tuntutannya supaya PH memohon maaf, sebaliknya berterima kasih kepada PH yang umpama seorang pakar bedah berhasrat baik dan cekap melakukan pembedahan amputasi jari kaki gangren dan menyelamatkan nyawa pesakit kencing manis tenat, 
katanya dalam kenyataan.

Pesakit kencing manis tenat iaitu BN-Umno sepatutnya berterima kasih kepada PH, pakar bedah yang menyelamatkan nyawanya.

 

Semalam, Nur Jazlan menyeru PH memohon maaf secara terbuka kepada Umno atas segala tohmahan, tuduhan, dan persepsi yang didakwa ‘dicipta sejak berpuluh tahun lalu’, sehingga menyebabkan parti itu dipandang kotor pengundi.

PH dan BN membentuk kerajaan selepas PRU15 bersama beberapa gabungan parti lain, termasuk dari Sabah dan Sarawak. Pada PRU 2022 itu tiada gabungan tunggal mampu membentuk kerajaan.

PH mempunyai 81 kerusi di Dewan Rakyat, memiliki paling banyak daripada 153 kerusi dikawal gabungan kerajaan perpaduan, diikuti BN (30), GPS (23), GRS (6), dan parti kecil serta ahli bebas (13).



Sumber | FMT Malaysia 

 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo