NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Bila peruntukan RM500 juta atasi isu air bersih Kelantan akan disalur?'



KOTA BHARU - Ahli Parlimen pembangkang mempersoal Kerajaan Perpaduan berkenaan tempoh masa untuk menunaikan janji menyalur peruntukan segera RM500 juta bagi mengatasi masalah bekalan air bersih di Kelantan.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, umum mengetahui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan itu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melibatkan enam negeri yang lalu.

Menurut beliau, Anwar juga pada Belanjawan 2024 mengumumkan sejumlah RM1.1 bilion disediakan untuk tujuan sama dan menegaskan Kerajaan Perpaduan berikrar isu bekalan air bersih harus dinoktahkan terutamanya di Kelantan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.


“Dalam sidang Dewan Rakyat lalu saya bangkitkan persoalan sama berhubung komitmen kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan masalah Air Tidak Berhasil (NRWJ) yang merugikan negara khususnya di Kelantan.


“Saya juga mengulangi persoalan berbangkit berkenaan janji peruntukan RM500 juta oleh kerajaan Persekutuan untuk negeri Kelantan, bilakah peruntukan ini akan disalurkan?” soalnya dalam satu kenyataan yang dimaut naik di status Facebooknya pada Khamis.

Kata beliau, jawapan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam Dewan Rakyat lalu adalah jawapan standard melibatkan birokrasi antara Persekutuan dan negeri dengan menyentuh perihal rundingan yang belum muktamad dan isu bentuk penyaluran peruntukan sama ada kaedah geran atau pinjaman.


Justeru katanya, beliau mengambil menghantar wakil untuk berunding dengan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Anthony Santiago dan mengakui peruntukan memang ada.


“Kami dimaklumkan peruntukan untuk membaiki, naik taraf dan selesaikan masalah NRW di Kelantan dan negeri-negeri ditadbir Perikatan Nasional memang ada.

“Soalnya SPAN tidak boleh turunkan kepada kami melainkan diluluskan oleh pihak kerajaan Persekutuan,” katanya.


Wan Ahmad Fayhsal juga Ketua Angkatan Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terbabit berkata, atas dasar kelecehan birokrasi itu beliau menulis surat secara langsung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air yang menyelia SPAN.


Menurutnya juga beliau menawarkan penyelesaian jangka pendek bagi menangani masalah NRW menggunakan teknologi tertentu di kawasan parlimen Machang

Pada Jun 2023 ketika berucap pada Program Temu Anwar Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok, Perdana Menteri meluluskan peruntukan segera RM500 juta untuk mengatasi masalah air bersih di Kelantan.



Sumber | Sinar Harian












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo