NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berseragam sekolah Malaysia, hanya pelajar asing kibar bendera China, kata exco Pulau Pinang



Pelajar yang mengibarkan bendera China bukan warganegara Malaysia, kata Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai.

 

Justeru, beliau berkata, foto yang tular di media sosial itu telah disalah tafsir.

 

“Sekolah Menengah Persendirian Chung Ling mempunyai lebih 1900 pelajar. Selain pelajar Malaysia, sekolah swasta itu juga mempunyai pelajar dari Indonesia, Thailand, China dan negara lain. 

 

“Saya diberitahu oleh guru besar sekolah tersebut bahawa terdapat lebih 30 pelajar dari negara China. 

 

“Pelajar tersebut mengibarkan bendera negara mereka semasa sambutan dan pelajar tempatan mengibarkan bendera Malaysia dan Pulau Pinang,” katanya.  

 

Beliau mengulas kecaman pihak tertentu yang mendakwa pelajar sekolah menengah persendirian itu mengibarkan bendera China. 

 

Katanya, gambar yang ditularkan di media sosial menunjukkan hanya pelajar China mengibarkan bendera negara mereka. 

 

“Sebenarnya terdapat gambar-gambar lain pelajar tempatan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Pulau Pinang. 

 

“Kenyataan pemimpin Perikatan Nasional berkenaan lawatan dua kapal latihan dari China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang adalah saling berlawanan. 

 

“Ia memandangkan Pengerusi Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau sendiri hadir pada majlis sambutan atas kapal tersebut,” katanya. 




Sumber | TV Pertiwi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo