NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersatu patut sedar awal era undi protes sudah tamat, kata penganalisis

Menurut Mohammad Tawfik Yaakub, Bersatu sepatutnya bersuara lebih awal selepas hilang kerusi Nenggiri kepada BN pada PRK Ogos lepas. 



PETALING JAYA
Penganalisis berpendapat pengakuan seorang pemimpin Bersatu bahawa partinya tidak lagi boleh bergantung pada undi protes untuk menjadi pemerintah sepatutnya disuarakan lebih awal, sebelum ‘dihukum’ dengan kekalahan teruk pada PRK Mahkota.

Mohammad Tawfik Yaakob dari Unversiti Malaya (UM) berkata pendekatan disuarakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Wan Saiful Wan Jan itu sepatutnya diuar-uarkan lebih awal bersama tawaran jelas kepada rakyat, yang tidak melihat perkara itu dilakukan oleh Perikatan Nasional (PN).

“Bukan selepas kalah teruk pada PRK Mahkota dengan majoriti lebih 20,000 undi. Ramai pemimpin Bersatu kurang sedar … hanya segelintir seperti Wan Saiful yang dapat cerap serta kecenderungan arah undi orang Melayu.

Sudah terlambat, sedangkan Bersatu boleh bertindak drastik ubah strategi selepas tewas di PRK Nenggiri tetapi mereka tidak melakukannya,
 katanya kepada FMT.

Sabtu lepas, Wan Saiful yang akan mempertahankan kerusi MPT pada pemilihan Bersatu bulan depan berkata parti itu perlu membuat tawaran jelas kepada rakyat tanpa bergantung pada undi protes untuk menjadi pemerintah pada masa akan datang.

Sebelum ini, ramai pemerhati politik berpendapat, Perikatan Nasional (PN) diterajui Bersatu berjaya mencatat keputusan yang bagus di kerusi majoriti Melayu pada PRU15 dan PRN susulan peralihan sokongan ahli Umno.

Kerjasama semula Bersatu-PH?

Tawfik berkata Bersatu sebenarnya perlu mengubah hala tuju lebih menyeluruh, bukan hanya berkait isu semasa dan orang Melayu tetapi mempertimbangkan semula kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) seperti sebelum PRU14.

Bersatu perlu berusaha mengalih strategi baharu untuk berkongsi kuasa dengan PH, barulah pemulihan boleh berlaku,
 katanya.

Lihat Umno yang sebelum ini berdepan kekalahan besar, tetapi apabila mencuba pendekatan politik luar daripada kebiasaan, parti itu perlahan-lahan kembali mendapat sokongan orang Melayu dan pengundi PH.

Bersatu juga tidak perlu jumud dengan fokus kepada satu kaum sahaja. Kena sedar sistem pilihan raya di Malaysia ialah ‘first past the post’, tidak ambil kira perbezaan komuniti.

Sementara itu, Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia memuji cadangan Wan Saiful sebagai langkah tepat kerana Bersatu mempunyai ramai pemimpin berpengalaman dan berkebolehan memimpin negara walaupun sebagai parti baharu.


Walaupun Bersatu lebih kecil daripada PAS dalam PN, namun mereka yang kawal perjalanannya dan menerajui kerajaan pada 2018, dengan wakil rakyat paling sedikit,

katanya.

Jadi kena ada satu hala tuju dan tawaran jelas kepada rakyat, Bersatu ada pemimpin yang tahu tatakelola mengurus sesebuah negara dan lebih berkebolehan berbanding PAS.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura pula menyifatkan salah satu cabaran melakukan perubahan seperti gesaan Wan Saiful itu ialah masalah pergelutan serta perebutan kuasa dalam Bersatu.

Menurutnya, cadangan itu suatu permulaan baik untuk Bersatu melakukan perubahan setelah dilihat hilang hala tuju selepas PRU15.

Bagaimanapun (cadangan Wan Saiful) itu tidak bermakna pimpinan Bersatu akan melakukan reformasi kerana mereka masih bergelut dengan perebutan kuasa antara beberapa kumpulan,
 katanya.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo