NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Beri kami kuasa penuh laksana projek air, menteri Sarawak gesa Putrajaya

Bekalan air bersih di kawasan luar bandar Sarawak kini pada tahap 70%, menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi negeri Julaihi Narawi.



PETALING JAYA
Seorang menteri Sarawak menggesa kerajaan persekutuan memberikan kuasa penuh kepada negeri Borneo itu untuk melaksanakan projek air bagi mengelakkan kelewatan dalam menyediakan prasarana tersebut.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Julaihi Narawi berkata, Putrajaya tahu Sarawak mampu melaksanakan projek-projek itu sendiri

“Kenapa tidak beri Sarawak kuasa untuk melaksanakan dan menyegerakan projek-projek ini? Luluskan belanjawan sahaja tak cukup jika tiada kuasa.

Beri kami kuasa penuh untuk laksanakan projek-projek sebegini. Biarlah agensi air kita, seperti jabatan bekalan air luar bandar, uruskan, 
katanya, lapor The Borneo Post.

Pada Julai, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2024 mendedahkan bahawa 36 projek air di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak tertangguh sehingga tujuh tahun walaupun telah mendapat kelulusan antara 2016 dan 2018.

Katanya, 12 projek di Sarawak, bernilai RM888.32 juta, bertujuan membekalkan air bersih kepada penduduk luar bandar tetapi telah tertangguh antara lima hingga tujuh tahun.

Julaihi juga berharap kerajaan persekutuan akan memperuntukkan lebih banyak dana untuk menambah baik prasarana air dan elektrik Sarawak bawah Belanjawan 2025 yang akan diumumkan esok.

Katanya, bekalan air bersih di kawasan luar bandar Sarawak kini pada tahap 70%, dan lebih banyak loji rawatan air perlu dibina di seluruh negeri dan sistem saliran diperluas.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo