NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belanjawan 2025 berjumlah RM421 bilion




BANGI, Jumaat – Kerajaan mengumumkan sebanyak RM421 bilion peruntukkan dalam Belanjawan 2025, jumlah tertinggi berbanding sebelum ini yang mana RM335 bilion adalah untuk belanja mengurus manakala RM86 bilion lagi untuk pembangunan.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu tidak termasuk RM 2 bilion simpanan luar jangka.


 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan terus mengekalkan Belanjawan mengembang meskipun bertekad mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat.

 

“Selain peruntukan pembangunan oleh kerajaan, projek secara usaha sama sektor awam dan swasta (PFI) bernilai RM9 bilion turut dilaksanakan serta pelaburan langsung domestik oleh syarikat GLIC bernilai RM25 bilion.

 

“Ini menjadikan pelaburan awam untuk pembangunan 2025 berjumlah RM120 bilion,” katanya pada sesi Pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

 

Dalam pada itu, Anwar berkata, Kementerian Pendidikan menerima peruntukkan RM64.1 bilion, jumlah tertinggi dalam sejarah.

 

Katanya, KPM sebelum ini menerima sebanyak RM58.7 bilion.

 

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa sekarang bukan masa untuk melaksanakan projek mega.

 

Sebaliknya, pembangunan negara akan menumpukan kepada projek-projek berkepentingan rakyat serta kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri.





Sumber | TV Pertiwi



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo