NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

AS mahu tingkat kerjasama dalam sektor gas, aeroangkasa dengan Sarawak

Premier Sarawak Abang Johari Openg bersama Duta AS ke Malaysia Edgard D Kagan ketika kunjungan hormat di Wisma Pelita Petra Jaya hari ini. (Gambar Bernama)




KUCHING
Amerika Syarikat berhasrat memperkukuh kerjasama dengan Sarawak, khususnya dalam sektor gas luar pesisir dan aeroangkasa.

Duta AS ke Malaysia Edgard D Kagan berkata, Sarawak memiliki potensi besar dan kepakaran dalam kedua-dua sektor itu, selain mencapai kemajuan yang ketara dalam sektor tenaga boleh baharu.

Perkara tersebut, katanya, antara yang dibincangkan dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg dalam kunjungan hormatnya hari ini.

“Kami sedang mencari kaedah untuk menggalakkan pelaburan AS ke Malaysia dan mempertimbangkan Sarawak sebagai pangkalan.


Kami juga berbincang tentang pelbagai perkara daripada gas luar pesisir sehinggalah aerongkasa,
 katanya kepada pemberita selepas kunjungan tersebut.

Kagan turut memuji usaha Sarawak mempromosikan agenda tenaga boleh baharu,

Saya sentiasa kagum dengan kepakaran dan komitmen beliau (Abang Johari) untuk mencari jalan memperluas pengeluaran tenaga bersih serta meraih manfaat daripada kemahiran dan keupayaan Sarawak dalam tenaga, 
tambahnya.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo