NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Apa reformasi yang Ku Li lakukan kepada penduduk Gua Musang?'



IPOH - Kritikan pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah terhadap reformasi kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan tidak berdasarkan fakta dan realiti yang berlaku.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, beberapa perubahan dan pembaharuan terutama dalam ekonomi telah dilakukan oleh Anwar dalam tempoh dua tahun menerajui kerajaan.

Menurutnya, isu berkaitan rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah berjaya diselesaikan begitu juga inisiatif membasmi kemiskinan tegar dan Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (MQT) di Parlimen yang diperkenalkan merupakan sebahagian reformasi tersebut.

"Ku Li (Tengku Razaleigh) sebagai seorang pimpinan senior. Beliau harus ada sikap dan pendekatan yang lebih bertanggungjawab kerana kalau kita nak main macam itu, kita nak tanya apa yang Ku Li telah lakukan kepada penduduk di Gua Musang selama beberapa penggal menjadi ahli Parlimen, bukan pembangkang tetapi kerajaan.

"Jadi Ku Li sebelum nak sebarkan kepalsuan kepada rakyat di negara ini, Ku Li harus bermuhasabah dan lihat semula apa yang telah beliau lakukan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadlian (AMK) Cabang Tambun di sebuah hotel di Bandar Meru Raya di sini pada Ahad.

Muhammad Kamil menyifatkan kritikan yang dibuat bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu langsung tidak mengikuti perkembangan semasa pentadbiran Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Menurutnya, segala reformasi yang sedang berlaku ketika ini merupakan kebenaran untuk direkodkan dan fakta sejarah yang tidak boleh dipadamkan.

Dalam pada itu, Muhammad Kamil yang juga Timbalan Ketua AMK Pusat menasihati pemimpin khususnya dalam kalangan orang muda supaya menimba pengalaman daripada sejarah politik yang berlaku sebelum ini.

"Kita sebagai pimpinan muda khususnya perlu ada satu sikap pendekatan politik yang lebih bertanggungjawab. Kita harus faham punca apakah isu sebenarnya yang berlaku. Jadi nak jadi pemimpin Melayu Islam kena ada kefahaman, kena ada ilmu dan kesedaran barulah kita respon.

"Kalau setakat respon kita nak dapatkan sokongan disebabkan isu-isu yang dikupas atau ulas isu-isu sensasi, teruskan," katanya.

Menerusi satu wawancara oleh sebuah akhbar tempatan pada Ahad, Tengku Razaleigh dilaporkan menyindir Anwar kerana tidak menunaikan janji reformasi yang dilaungkannya sebelum ini.

Tokoh politik veteran itu menyifatkan reformasi yang dilaungkan hanyalah kerana marah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.




Sumber | Sinar Harian














........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo