Anwar Ibrahim berkata GST mampu sumbang pendapatan negara, namun kemampuan golongan miskin perlu diberi perhatian. |
Beliau berkata, GST merupakan sistem cukai paling telus, cekap, dan mampu menyumbang kepada pendapatan negara.
“Kalau laksanakan GST sekarang, semua kena bayar, yang kaya dan yang miskin…saya tidak boleh (terima)…berikan kita masa beberapa tahun lagi.
“Saya faham dan mengkaji sejak sedekad lalu bahawa GST adalah sistem cukai paling efisyen dan memberi kelebihan kepada kerajaan untuk mengutip pendapatan.
Namun, berikan kita masa untuk meningkatkan ekonomi terlebih dahulu dan nilai ambang pendapatan kepada RM3,000 atau RM4,000 minimum,
katanya menurut Berita Harian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-78, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM).
Pada 8 Ogos 2018, Dewan Rakyat meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) membabitkan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 dan RUU Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018.
GST mula dilaksanakan pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus ketika Najib Razak menjadi perdana menteri.
Pemansuhan GST dibuat memandangkan ia sebahagian manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) jika memenangi PRU14.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment