NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar akan terus tolak ambil gaji sebagai keprihatinan kepada kesusahan rakyat




Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan dia akan terus untuk tidak menerima gajinya.

Dia juga berkata ahli kabinet dan pelantikan politik akan mengekalkan pemotongan gaji sebanyak 20 peratus, berikutan cabaran ekonomi negara.

Selain itu, Anwar berkata penjawat awam tertinggi turut secara sukarela menolak pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Memandangkan tekanan fiskal dan kebimbangan terhadap kesusahan rakyat, saya amat menghargai Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atas kepimpinan mereka. Pengurusan tertinggi dalam gred Turus telah menjadi contoh dengan secara sukarela memulangkan semula pelarasan gaji tujuh peratus yang layak mereka terima di bawah SSPA.

"Atas keprihatinan terhadap permasalahan rakyat dan tantangan fiskal yang menghimpit, saya amat berterima kasih kepada Tan Sri KSN dan Tan Sri KPPA, atas kepimpinan mereka, barisan Pengurusan Tertinggi Gred Utama TURUS telah menunjukkan tauladan dan secara sukarela memilih untuk menyumbang balik pelarasan gaji 7 peratus yang ditawarkan di bawah SSPA.

"Sementara itu, menteri-menteri serta lantikan politik juga akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji dan saya sendiri tidak akan menerima gaji,” kata Anwar dalam ucapan Belanjawan 2025.

Sebelum ini, dilaporkan kerajaan menjimatkan purata RM22,826.65 sebulan hasil daripada keputusan Anwar untuk tidak mengambil gaji bagi jawatannya sebagai perdana menteri sejak November 2022.



Sumber | Malaysiakini







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo