NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Angka korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 42,438, lebih 99,246 cedera

Rakyat Palestin berkabung atas mangsa yang dibunuh oleh tentera Israel di kem pelarian Jabalia, di sebuah hospital di Bandar Gaza. Foto Xinhua


GAZA - Pasukan pendudukan Israel telah melakukan dua pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin terbunuh dan 93 yang lain cedera, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) yang memetik laporan perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 42,438 orang manakala 99,246 individu dilaporkan cedera.

Sebahagian besar mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan atau mayat bergelimpangan di jalan-jalan di seluruh kawasan konflik itu, kerana pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan pasukan pertahanan awam. - Bernama





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo