NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Parlimen PN bimbang Akta Pembaharuan Semula Bandar jejaskan orang Melayu

Wan Saiful Wan Jan berkata peningkatan nilai aset selepas proses pembaharuan bandar boleh mewujudkan insentif untuk pemilik Bumiputera untuk menjualnya.



PETALING JAYA
Seorang wakil rakyat pembangkang menggesa kerajaan memperhalusi Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar yang didakwanya boleh menyebabkan orang Melayu terpinggir dari kawasan bandar.

Menurut Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan, perundangan itu secara umum boleh dipertimbang memandangkan banyak kawasan perlu dibangun semula terutamanya bangunan usang.

Namun pemimpin Bersatu itu berharap kerajaan menekankan tiga perkara, antaranya proses pembaharuan bandar mestilah tidak menyebabkan pemilik-pemilik Bumiputera berpindah keluar dari kawasan bandar ke pinggir bandar.

Jelasnya, perpindahan boleh berlaku atas dua sebab iaitu pemilik Bumiputera tidak lagi mampu menanggung kos selepas pembaharuan selain peningkatan nilai aset selepas proses terbabit menyebabkan wujud insentif tidak langsung untuk menjualnya.


Kedua-dua ini baik kesan sengaja atau tidak sengaja, perlu diperhalusi supaya orang Melayu tidak terpinggir dari kawasan bandar,

katanya dalam kenyataan.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi yang membincangkan cadangan penggubalan RUU Pembaharuan Semula Bandar oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Wan Saiful berkata kerajaan juga tidak perlu mewujudkan agensi baharu untuk melaksana akta terbabit sebaliknya memperkasakan jabatan sedia ada selain memberikan kuasa tambahan kepada petugasnya.

“Jika agensi atau jabatan baharu diwujudkan, saya bimbang ia hanya menambah birokrasi dan pertindihan tugas sahaja.


RUU ini juga perlu diperkemas dan diperbaiki supaya kelemahan dalam 17 akta lain sedia ada dapat diperbetulkan,

 katanya.

Bulan lalu, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) bersetuju menggubal Akta Pembaharuan Semula Bandar yang akan mengutamakan hak pemilik asal dan memastikan kemampanan dalam pembangunan bandar.

Menterinya Nga Kor Ming dipetik berkata akta itu perlu digubal bagi menangani risiko keusangan dan kemerosotan kawasan bandar.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo